Selamat Datang


Dimaklumkan rayuan pendaftaran secara manual bagi Kursus Universiti, Kursus Kokurikulum dan Kursus Elektif Luar Fakulti akan dibuka mulai 19 hingga 22 Julai 2010.

Sila ambil perhatian maklumat berikut:

1. Semua rayuan mesti dibuat menggunakan borang yang disediakan oleh SKET. Borang rayuan boleh didapati di Pejabat Am SKET mulai 19 Julai 2010 (waktu pejabat sahaja).

2. Sila pastikan baki jam kredit anda masih mencukupi semasa permohonan dibuat. Permohonan pelajar yang telah mencapai jam kredit maksimum tidak akan dipertimbangkan.

3. Bagi Kursus Universiti, pelajar diwajibkan mendaftar mengikut kumpulan yang ditetapkan. Rayuan hanya dibuka sekiranya pelajar menghadapi masalah pertindihan jadual waktu. Sila sertakan salinan jadual waktu bersama borang permohonan.

Untuk makluman, slot kursus GXEX1411 (Hubungan Etnik)dan GXEX1414 (TITAS) ditentukan oleh fakulti. Sekiranya fakulti tidak menetapkan slot untuk kursus di atas ditawarkan pada semester ini, pelajar boleh membuat permohonan pendaftaran secara manual. Walau bagaimanapun, kumpulan akan ditentukan oleh SKET tertakluk kepada kekosongan yang ada di fakulti lain.

Bagi kursus GXEX1412 (Asas Pembudayaan Keusahawanan), pelajar tidak dibenarkan mendaftar sekiranya fakulti tidak menetapkan slot bagi kursus ini. Rayuan secara manual hanya dibenarkan sekiranya pelajar menghadapi masalah pertindihan jadual waktu. Sila sertakan salinan jadual waktu bersama borang permohonan.

4. Bagi Kursus Kokurikulum, rayuan hanya akan dipertimbangkan bagi pelajar yang gagal mendaftar sebarang Kursus Kokurikulum. Permohonan untuk menukar kursus yang telah didaftarkan tidak akan dilayan. Keutamaan rayuan diberikan kepada pelajar tahap akhir.

5. Bagi Kursus Elektif Luar Fakulti, rayuan hanya akan dipertimbangkan sekiranya semua kursus yang masih kosong bertindih dengan jadual waktu pelajar. Sila sertakan salinan jadual waktu bersama-sama borang permohonan.

Harap maklum bahawa semua Kursus Elektif Luar Fakulti yang ditawarkan oleh Fakulti Bahasa & Linguistik tidak dibuka untuk rayuan pendaftaran secara manual.

6. Urusan rayuan hanya boleh dibuat di Pejabat Am SKET. Rayuan melalui pengajar tidak akan dilayan.

7. Borang rayuan hendaklah dihantar ke SKET selewat-lewatnya pada 22 Julai 2010 (Khamis), jam 5.30 petang. Rayuan yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan diterima.

8. Keputusan rayuan akan diketahui selewat-lewatnya pada 23 Julai 2010 (Jumaat). Permohonan yang berjaya akan didaftarkan oleh SKET.

Sekian, harap maklum.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10