Selamat Datang



KEPADA SEMUA PELAJAR YANG TELAH DILULUSKAN PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN, PELAJAR DIMINTA UNTUK MENYERAHKAN 2 SET DOKUMEN PERJANJIAN BESERTA DOKUMEN SOKONGAN YANG TELAH DISAHKAN BENAR DI KAUNTER PTPTN PADA SESI PENYERAHAN DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PTPTN BAGI KELOMPOK PERTAMA, SEMESTER 1 SESI 2010/2011 YANG AKAN DI ADAKAN SEPERTI BERIKUT :

TARIKH : 26 HINGGA 28 JULAI 2010 (ISNIN HINGGA RABU)
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN GEMILANG, KOLEJ KEDUA BELAS

Sila layari :
http://www.ptptn.gov.my/docs/PERATURAN%20AM%20MENGISI%20DOKUMEN%20PERJANJIAN-2009.pdf untuk melihat garis panduan melengkapkan dokumen perjanjian PTPTN.

Pelajar diminta hadir ke sesi tersebut dengan mengemukakan bersama dokumen sokongan seperti di Lampiran A. Borang permohonan pelajar akan ditolak sekiranya dokumen sokongan yang perlu disertakan tiada.

LAMPIRAN A

Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan Semasa Mengemukakan Borang Permohonan Pinjaman :
  • Salinan kad pengenalan pelajar;
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Malaya;
  • Salinan Sijil SPM;
  • Salinan Sijil kemasukan lain (contoh: STPM/ Diploma/ matrikulasi dll.)
  • Salinan slip nombor akaun bank (Bank Islam Malaysia Berhad sahaja);
  • Salinan slip gaji / borang cukai pendapatan /surat pengeshan pendapatan / kad pesara ibubapa atau penjaga ;
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu bapa kandung;
  • Salinan Sijil Kematian / Akuan Sumpah / Surat Pengesahan sekiranya ibu atau bapa kandung meninggal dunia atau tidak dapat dikesan;
  • Salinan Surat Pengesahan / Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat / Pusat Zakat, sekiranya pemohon / ibu / bapa penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan;
Bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pada semester 2 dan ke atas, tambahan dokumen sokongan berikut diperlukan:
  • Surat pengesahan masih belajar dari Fakulti
  • Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya
# Setiap salinan dokumen sokongan hendaklah difotostat dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan disahkan benar oleh pensyarah / pegawai Kumpulan A di fakulti masing-masing.

PERINGATAN:

Sila elakkan kesilapan-kesilapan pada dokumen perjanjian seperti berikut:
  • Dokumen Perjanjian tidak lengkap disebabkan muka surat hilang
  • Menggunakan pemadam cecair untuk memadam kesilapan
  • Saksi yang berbeza pada dokumen perjanjian
  • Saksi tidak diiktiraf oleh PTPTN (tidak layak)
  • Tiada jawatan dan jabatan pada cop rasmi saksi
  • Tiada nombor kad pengenalan saksi
  • Tiada saksi pelajar
  • Tiada 2 set setem hasil bernilai RM10.00 setiap satu
  • Tiada tandatangan pemohon
  • Tiada ‘initial signature’ pemohon dan saksi pada dokumen perjanjian
  • Tiada tandatangan saksi bagi pemohon
  • Penjamin selain daripada ibubapa
  • Sijil kematian tidak dilampirkan (sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia)
  • Nombor kad pengenalan/dokumen sokongan penjamin tidak disertakan
  • Tiada 2 set dokumen perjanjian
Pelajar dinasihatkan menghadiri sesi ini seawal mungkin supaya pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk melengkapkan dokumen. Kedua-dua set dokumen perjanjian mestilah dalam bentuk dokumen asal (bukan dokumen yang difotostat). Tandatangan yang difotostat akan ditolak.

Sekian, untuk perhatian dan tindakan pelajar.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10