Selamat Datang


Kempen Kuasa Pengguna 2010 telah berlangsung di Kompleks Perdanasiswa (KPS) Universiti Malaya pada 27 hingga 29 Julai 2010. Kempen ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada mahasiswa tentang hak-hak mereka selaku pengguna. Dengan tema "1 Pengguna, 1 Suara" kempen ini adalah bersempena dengan bulan kepenggunaan yang dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia. Untuk makluman semua, hari pengguna seluruh Malaysia di sambut setiap tahun pada 26 Julai.

SIKAP tak kisah masyarakat di negara ini dikatakan antara punca kempen kesedaran mengenai hak dan kepentingan sebagai seorang pengguna dilihat kurang berkesan.Bahkan kesedaran bahawa seseorang pengguna itu mempunyai kuasa masih belum di tahap yang membanggakan ketika ini."Sebagai contoh, apabila seseorang pengguna yang mengambil sikap tak kisah setelah ditipu membeli barangan yang berharga RM50 kerana beranggapan ia satu jumlah yang kecil dan tidak harus diperbesarkan."Disebabkan sikap segelintir pengguna yang sebeginilah menyebabkan ramai peniaga akan mengambil kesempatan untuk terus menipu," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob pada satu sidang akhbar baru-baru ini.

Pada kali ini, Kempen Kuasa Pengguna telah dikelola oleh Pertubuhan Glokal Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya.

Pelbagai Aktiviti yang telah dijalankan sepenjang program ini berlangsung antaranya seperti Pidato Kepengunaan, ceramah, gerai-gerai jualan buatan Malaysia, pertandingan Amazing race dan juga Junk war. Diharapkan mahasiswa UM sering peka dan mengetahui hak kita selaku pengguna agar kita tidak dipermainkan oleh peniaga-peniaga di luar sana. Setiap pemenang bagi acara-acara ini menerima wang tunai bernilai RM300 kepada juara, RM150 bagi tempat kedua dan ketiga RM100.

Pidato Kepenggunaan
Jualan makanan
Jualan pakaian
Junk War
Amazing Race

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10