Selamat Datang


MPMUM telah menghantar emel dan juga mengadakan perjumpaan dengan pihak perpustakaan UM tentang isu kenaikan yuran perkhidmatan daripada RM50 kepada RM100. Ini adalah respon daripada pihak perpustakaan kepada emel MPMUM dan diharapkan maklumat ini berguna kepada semua warga kampus.



Antara penjelasan daripada pihak perpuskataan ialah :
  • Pertambahan jumlah pinjaman buku umum daripada 5 kepada 10 naskhah, manakala mahasiswa tahun akhir ditambah kepada 15 naskhah.
  • Tempoh pinjaman ditambah daripada 1 hingga 2 minggu dan tarikh tamat pinjaman boleh diperbaharui sebanyak 3 kali.
  • Penaiktarafan ruang bacaan, kemudahan kpmputer, ruang rehat dan santai. Seluruh bangunan perpustakaan kini dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi percuma dan elekrik percuma untuk komputer riba.
  • Perolehan lebih banyak bahan bacaan terutama sumber elektronik (hampir RM14 juta pada tahun 2009).
  • Buku serta jurnal eletronik kini boleh diakses dari luar kampus sepanjang masa.
Walaupun begitu, kami masih lagi 'argue' dengan pihak perpustakaan. Nantikanlah penjelasan dan isu ini sehingga selesai serta doakan agar kebajikan kita semua masih dapat dibela. Harap maklum.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10