Selamat Datang



Pada 23 hingga 25 Julai 2010 yang lalu, saudara Shahir Abdul Rahim dan saudari Dalilah Mokhtar iaitu Exco Kolej Kediaman MPMUM telah menghadiri seminar KOLEJ KEDIAMAN PERINGKAT IPT (SEPAKAT 2010) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Program ini telah melibatkan kepimpinan daripada lebih 20 buah IPTA di Malaysia ini.


Pada program tersebut, wakil daripada UM telah membentangkan kertas kerja iaitu PROGRAM DAN AKTIVITI PEMBANGUNAN PELAJAR : SUATU KAJIAN DAN PENGALAMAN DI KOLEJ KEDIAMAN UM. Berikut merupakn resolusi yang dicapai sepanjang seminar ini dijalankan :

1.Kolej kediaman sebagai platform membentuk keperibadian secara bersepadu melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti :
kepimpinan
akademik
keusahawanan
kebudayaan
sukan
kerohanian
hubungan luar dan antarabangsa
khidmat masyarakat

2.
Pendedahan, pengetahuan dan pengalaman yang membentuk mahasiswa menjadi individu yang lebih baik dalam aspek-aspek berikut (soft skills) :
kemahiran berkomunikasi
bekerja secara berpasukan
pengurusan masa
kualiti kepimpinan
proaktif
penjanaan idea
kreatif dan kritis
jalinan kerjasama dengan pihak lain
pengurusan kewangan

3.
Kemampuan merealisasikan idea-idea hebat yang memberi kesan kepada :
Alam sekitar :Melestarikan alam sekitar – contoh Eco-Desa
Masyarakat :Sumbangan – contoh Baktisiswa/OPKIM, Kempen Derma Darah
Dasar 1 Malaysia – contoh Festival Kesenian Pengantarabangsaan – contoh Lawatan ke
luar negara
Pencapaian/nama baik negara :Wakil negara – contoh Sukan Universiti/Karnival Sukan

4.
Perubahan oleh mahasiswa dalam menangani perubahan alaf 21
adab
ketinggian ilmu
persiapan diri oleh mahasiswa sendiri (mental dan fizikal)
berpandangan jauh
mempunyai perancangan
pemikiran dinamik
memiliki perspektif berbeza

5.
Pendekatan holistic
Pegangan agama
Galakan
- Kawan-kawan yang positif, orang-orang yang berilmu, ibu bapa & Tuhan
Pengaruh negatif
- Elemen ilmu, emosi, tabiat dan roh menghalang gejala tidak elok
Kepentingan hiburan -dihadkan

6.
Panduan
ketrampilan
kepimpinan
beramal
berilmu

7.
Peranan mahasiswa sebagai pemimpin di kolej kediaman :
Soft skills yang sama
Penganjuran program yang berkesan
Tanggungjawab membangun potensi diri, masyarakat, bangsa dan negara
Hakikat bakat kepimpinan
Interaksi dengan mahasiswa lain
Halangan dasar atau akta
Contoh yang baik
Kehidupan selepas meninggalkan alam mahasiswa

8.
Kerjasama dengan pihak pentadbiran kolej, pengetua dan felo
Maklumat
Kebajikan mahasiswa diutamakan
Wujudkan suasana kekeluargaan di kolej kediaman
Sumber rujukan
Kepimpinan melalui tauladan
Pemantauan/pemberi nasihat

Kesimpulan
Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti di kolej kediaman melalui pendekatan bersepadu diharapkan akan melahirkan mahasiswa berketrampilan dan seterusnya memenuhi aspirasi masyarakat dan negara

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10