Hari Jumaat yang lepas, UM digegarkan dengan kejadian yang menyayatkan hati dan tergempar. Salah seorang pelajar asasi fizikal, Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun, berasal dari Mersing, Johor, dipercayai jatuh ketika ingin menyeberang balkoni ke bilik rakannya di bilik bersebelahan tingkat 5. Sumber maklumat yang kami perolehi, kali terakhir bapa arwah menghubungi anaknya ketika sebelum solat jumaat, sekitar jam 12 tengahari. Selepas solat jumaat, arwah dikatakan hendak mengambil dompet dan telefon bimbit di bilik kawannya di tingkat lima, tetapi bilik tersebut terkunci. Si arwah nekad menyusur masuk melalui balkoni dari balkoni bilik kawannya yang satu lagi. Mungkin sebab tergelincir, arwah jatuh dan meninggal dunia di longkang kaki lima bangunan. Dengar cerita juga, ada rakan yang mengajarnya mengucap sebelum arwah meninggal dunia. Beliau mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Arwah telah selamat dikebumikan pada hari sabtu, sekitar jam 9.20 pagi di Rompin. Kami di barisan MPMUM akan mengadakan kutipan derma kilat di setiap fakulti dan juga kolej kediaman sebagai sumbangan ehsan kepada keluarga arwah. Marilah sama-sama kita mendoakan untuk arwah agar dicucuri rahmat...al-fatihah.
Comment
THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST