Selamat Datang


Untuk pelajar tahun terakhir yang sudah graduasi :

1) Siapa-siapa yang dah bayar yuran klinikal, duit akan dimasukkan semula ke akaun anda selepas pihak JPA membayar yuran tersebut kepada bendahari. Proses untuk tuntutan ganti semula wang akan diuruskan pejabat dekan.


2) Siapa-siapa yang belum bayar, pegawai HEP memberi jaminan tanggungan JPA ini akan diselesaikan sebelum tarik pengambilan jubah.


3) Jikalau proses masih gagal, anda akan diberikan kebenaran khas untuk pengambilan jubah dan boleh menjalani konvokesyen.


Untuk makluman semua pelajar :


1) Yang masih menuntut dan telah membayar yuran klinikal RM1000 ini, bayaran ini akan terus dikira untuk yuran akan datang.


2) Kepada yang belum membayar, anda boleh mendaftar subjek seperti biasa pada minggu hadapan. Sebarang kesulitan dalam pendaftaran bolelah menghubungi terus
Mohd. Syukri Mohd Taib (0136284136) atau Goh Seong Ling (0164058852). Ini hanya tertakluk kepada sesiapa yang hanya berhutang maksimum seribu sahaja.

3) Semua dinasihati untuk membayar segala hutang sebelum masuk semester ke-2.


4) Maaf atas segala kelewatan kerana pihak UM sedang berdepan dengan ISO (audit) termasuk fakulti kita. Kelewatan ini juga disebabkan PIC dalam perkara ini kini di hospital iaitu Pn Noryati yang bercuti selama sebulan. Harap mendoakan kesihatan beliau juga.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10