Selamat Datang


PENGENALAN

Pengurusan Tinggi Universiti Malaya bersetuju supaya program ini diperkenalkan di Universiti ini sebagai salah satu usaha untuk membantu pelajar memperoleh kemahiran dalam bidang pengkhususan pengajian mereka di samping memberi pendedahan dan pengalaman praktikal mengenai pengurusan pejabat dan dinamika dunia pekerjaan. Program ini diletakkan di bawah struktur Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Seksyen Kaunseling dan Bimbingan dipertanggungjawabkan bagi mengkordinasikan program ini.

OBJEKTIF
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan kemahiran dan pengalaman bekerja terutama dalam aspek pentadbiran dan pengurusan pejabat.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat sumber kewangan tambahan/alternatif terutama kepada mereka yang memerlukannya.
  • Membantu pengurusan universiti di dalam mempercepatkan pelaksanaan aktiviti dan projek universiti yang telah dirancang.

KELAYAKAN CALON
Calon hendaklah memenuhi syarat kelayakan berikut:
  • Pelajar berdaftar di bawah program ijazah dasar dan pasca Universiti Malaya separuh masa;
  • Memperolehi keputusan akademik yang memuaskan (sekurang-kurangnya 2.0 ke atas). Walau bagaimanapun bagi pelajar yang mendapat keputusan PNGK kurang daripada 2.00 tetapi mempunyai hutang dengan Universiti boleh dipertimbangkan mengikut merit kes.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari portal pelajar UMISISWEB untuk memuat turun fail Program Pembangunan Kemahiran Siswa (PPKS)

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10