Selamat Datang


PADA 27 Julai 2010, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah menganjurkan Program Dialog Pemimpin Mahasiswa Bersama Menteri di Rumah Universiti.
Sasaran peserta adalah wakil daripada setiap persatuan di kampus dan juga wakil daripada kolej kediaman. Objektif utama program ini dianjurkan bertujuan untuk mengenali menteri dengan lebih dekat lagi di samping untuk mengadakan perbincangan dua hala di antara menteri dengan pemimpin mahasiswa. Pada program ini, Menteri Belia dan Sukan iaitu YBgh. Dato' Ahmad Shabery Cheek telah dijemput sebagai tetamu jemputan memandangkan beliau sendiri merupakan mantan presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya pada tahun 1981 yang lepas.

Pada majlis tersebut, YBhg. Dato' telah mengingatkan bahawa mahasiswa merupakan agen perubahan yang akan mencorakkan kepimpinan negara pada masa hadapan. Seumpama dengan atlet negara yang mewakili negara, mereka perlu digilap dan diasah bakat agar benar-benar mampu bersaing dengan mereka yang lebih kuat di arena antarabangsa khususnya. begitu juga dengan pemimpin mahasiswa, mereka perlulah menggunakan peluang latihan kepimpinan di kampus perdana ini untuk belajar dan mengutip seribu satu pengalaman yang boleh menjadikan kita lebih bersedia serta matang dalam menangani pelbagai cabaran yang mendatang kelak.

Ketika slot tersebut, terdapat beberapa soalan yang telah diajukan oleh wakil mahasiswa kepada beliau. Di antara persoalan yang ditujukan kepada beliau iaitu kebebasan suara mahasiswa. Ulasan beliau, kerajaan telah memberi ruang dan juga kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa selepas AUKU digubal semula pada tahun lepas. Beliau sendiri di dalam kabinet menteri telah berjuang bersama-sama rakan pimpinan menteri yang lain untuk merangka jalan penyelesaian bagi memastikan mahasiswa tidak lesu. Beliau menegaskan bahawa kerajaan telah mengambil langkah yang sewajarnya tetapi sekiranya tidak mendapat sambutan, itu adalah terpulang kepada penglibatan mahasiswa bukannya lagi menuduh yang bukan-bukan kepada kerajaan mahupun universiti.

Selain itu, isu subsidi barang yang menyebabkan berlakunya kenaikan harga beberapa barang kawalan. Kenaikan harga barang kini bukanlah disebabkan oleh kerajaan ingin menyusahkan rakyat tetapi sebaliknya tindakan ini disebabkan oleh faktor ekonomi semasa yang semakin tinggi. Selain itu, kerajaan dalam usaha untuk memberi gaji yang lumayan kepada setiap pekerja tetapi dalam masa yang sama akan mengurangkan subsidi memandangkan ini adalah budaya yang lazim terdapat di negara-negara maju.

Dalam majlis itu, ramai di kalangan pelajar begitu teruja dan berbangga kerana dapat bersua dengan YBhg. Dato'. Di antara mereka itu teramsuklah wakil daripada Persatuan Mahasiswa Kurang Upaya (PERMIUM).

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10