Selamat Datang


Majlis Perasmian Penutup pada hari khamis yang lepas.

Persembahan dikir barat oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan (PMK)

Dewan Perdana penuh dengan kehadiran ahli-ahli persatuan.

Booth MPMUM.

Kelab Orator dan juga beberapa piala yang dimenangi oleh mereka.

Suasana di booth persatuan.

Persembahan kesenian cina.

INFO MINGGU PROMOSI BADAN PERSATUAN UNIVERSITI MALAYA

  • Bilangan persatuan yang terlibat adalah sebanyak 40 buah persatuan yang terdiri daripada persatuan-persatuan anak negeri, persatuan akademik, persatuan keagamaan dan pelbagai lagi.
  • Telah berlangsung daripada 26 Julai hingga 29 Julai 2010 di dataran tempat letak kereta Kompleks Perdanasiswa (KPS) UM.
  • Selain itu, terdapat beberapa pertandingan seperti booth persatuan yang tercantik di mana ianya telah dimenangi oleh Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA).
  • Sambutan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun lepas memandangkan jumlah pendaftran ahli baru amat menakjubkan. Sebagai contoh, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) telah mendapat ahli baru sehingga mencecah seribu ke atas. Begitu juga dengan persatuan-persatuan anak negeri. Selain itu, Sekretariat Rakan Muda juga telah mendapat ahli sehingga 700 ke atas dan ini seperti di luar jangkaan.
  • Booth MPMUM menawarkan beberapa borang dan juga hebahan kepada warga kampus seperti borang penyertaan projek-projek MPMUM, borang aduan, borang kajiselidik, borang pendaftaran belia daripada kementerian KBS, jadual bas dan juga edaran buletin yang terbaru.
  • Majlis persamian penutup telah disempurnakan oleh ayahanda Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Haji Idris dengan pelbagai persembahan seperti silat gayung, dikir barat dan kebudayaan Tiong Hua.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10