Selamat Datang


Majlis Perwakilan telah menerima beberapa aduan berkaitan dengan isu ketiaadaan "wireless" di beberapa kawasan di dalam kampus serta terdapat kesukaran untuk membuka akaun pelajar (memandangkan sekarang adalah musim pendaftaran subjek)

Hasil daripada pertanyaan pihak kami dengan Pusat Teknologi Maklumat (PTM) adalah seperti berikut :

  1. Masalah ketiaadaan "wireless" di kampus khususnya di kolej-kolej kediaman di sebabkan oleh faktor cuaca yang buruk sejak beberapa minggu ini. Semasa Haluansiswa (MHS) yang lepas, ada satu hari berlaku hujan ribut yang menyebabkan beberapa kotak moderm mengalami kerosakan dan perlu dibaiki. Usaha itu sedang dilakukan oleh pihak PTM dengan kadar yang segera. Kami mendapat makluman gangguan "wireless" berlaku di kolej kedua, ketiga, keempat, ketujuh, kelapan dan kelima. Diharapkan semua pelajar dapat bersabar dengan masalah ini memandangkan kejadian ini berlaku di luar jangkaan pihak PTM.
  2. Selain itu, terdapat aduan daripada pelajar yang mengalami kesukaran untuk membuka akaun bagi mendaftar subjek. Menurut pihak PTM, masalah ini disebabkan kerosakan salah satu daripada 'server' di PTM. Hal ini menyebabkan pelajar terpaksa membuat pendaftaran secara online di pejabat PTM yang terletak di Fakulti Sains. Kepada mereka yang terlibat, sila mendaftar atau berurusan dengan pihak PTM dengan kadar yang segera.
Diharapkan semua pelajar dapat memahami situasi yang berlaku kerana ianya adalah di luar jangkaan oleh mana-mana pihak. Sekirannya inign mendapatkan maklumat terkini daripada PTM, bolehlah menghubungi talian 03-79674001. Kami MPMUM akan terus membantu anda dan harap para pelajar dapat memberi kerjasama dengan pihak kami agar dapat melicinkan lagi pergerakan gerak kerja MPMUM.

Comment

THERE ARE 0 COMMENTS FOR THIS POST

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10